Tuesday, April 27, 2010

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan

Tujuan utama pengajaran adalah supaya kanak-kanak belajar. Pembelajaran dan pengajaran awal kanak-kanak akan menentukan corak dan gaya berfikir kanak-kanak pada masa akan datang. Pendidikan awal kanak-kanak telah diperkenalkan di Eropah pada awal abad ke 18 dan 19 dimana Friedrich W. Froebel telah membina Taman Asuhan Kanak-Kanak pada tahun 1837 untuk anak-anak yang berumur 3 hingga 7 tahun. Terdapat tiga model pembelajaran utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu Model Tingkahlaku, Model Interaksionis dan Model kognitif.


Model Tingkahlaku

Model Tingkahlaku juga dikenali sebagai Teori Behaviorism (diberi kredit kepada Watson sebagai pelopor) boleh didifinasikan sebagai perubahan perilaku yang dapat diamati, diukur dan dinilai secara tepat melalui perangsangan (stimulus) yang mengakibatkan adanya tindakbalas (responsif) (Black 1995). Stimulus yang berulangkali diterap kepada kanak-kanak (peringkat awalnya haiwan) akan menyebabkan tindakbalas. Tingkah laku boleh berubah dan pembelajaran diukur dengan memerhatikan perubahan terhadap tingkahlaku tersebut. Oleh kerana hubungkaitnya adalah Stimulus dan Renponsif teori ini juga dikenali sebagai teori mekanikal SàR(Detken, 2000)

Model ini kemudiannya telah perkukuhkan oleh beberapa antropologi dan psikologi seperti Pavlov, Thondike, Skinner dan Bandura. Pavlov melalui ujikaji menggunakan makanan, anjing dan loceng telah menghasilkan ”Teori Pelaziman Klasik” iaitu stimulus yang berulangkali dilakukan kepada anjing makmal tersebut menyebabkan anjing itu dapat mengenali loceng yg bererti makanan, walaupun tidak ditunjukkan makanan.(lihat lampiran).

Kemudianya telah diperkukuhkan lagi oleh Thondike melalui ujikaji klinikal terhadap haiwan. Thorndike (1874 - 1949) menggunakan methodologi sains iaitu menekankan pembelajaran adalah satu formasi yang berhubung kait dengan stimulus dan responsif. Teori ini juga dikenali sebagai “Connection Theory” (Johcich, 1991) atau Teori Pelaziman Latih-tubi yang mengandungi ‘Law of readiness, Law of Exercise dan Law of Effectness”. Hukum Thorndike adalah berdasarkan kepada tanggapan stimulus-responsif yang mengawal tingkahlaku. Pembelajaran terhasil apabila ikatan bertukar menjadi bentuk tingkahlaku (Saettler, 1990).
Skinner (1904 - 1990) percaya bahawa bentuk stimulus dan responsif yang menentukan tingkahlaku. Teorinya adalah berhubung kepada perubahan kepad
a tingkahlaku yang telah berlaku tidak menunjukkan perubahan kepada otak manusia. Bukunya (Skinner, 1948) bertajuk Walden Two menerangkan masyarakat utopian terbentuk berdasarkan ketentuan operanti. Oleh kerana teorinya adalah berlawanan berbanding Teori Pelaziman Klasik maka teorinya dikenali sebagai Teori Pelaziman Operant (berkesan).

Secara ringkasnya kita boleh merumuskan model tingkahlaku sebagai pempelajari sesuatu berdasarkan menguasai tingkahlaku dimana guru menetapkan objektifnya dan kanak-kanak memberi responsif secara refleksi melalui petunjuk untuk mencapai keberhasilannya. Watson J.B (1878-1858) berpendapat dengan bertindakbalas kepada stimulus yang telah ditetapkan berulangkali, maka kita akan tetap bertindakbalas kepada simulasi tersebut dan membentuk pembelajaran.(Mergel 1998).

Model Interaksionis

Blumer, (1962) mentakrifkan teori ini sebagai bertindak terhadap interaksi sosial yang kemudiannya mentafsirkan berdasarkan interaksi tersebut. Merupakan satu konsep sosiologi yang berhubungkait dengan tingkahlaku individu dan perhubungannya dengan alam persekitaran. Oleh itu ia juga dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial
Pakar-pakar interaksionis adalah seperti George Herbert Mead ( 1846-1929 ) Herbert Blummer (1962) dan Erin Goffman (1959). Namun begitu
, pendapat Eric Erikson (1950) yang mengariskan 4 tingkat perkembangan anak-anak kecil adalah yang paling signifikan iaitu:
Kurang dari setahun

Menyayangi anak-anak akan memberi tindak balas iaitu rasa percaya dan selesa kepada anak-anak, tetapi sebaliknya akan merasa curiga dan cemas kepada orang yang belum dikenali.

Dua (2) hingga Tiga (3) tahun

Memberi dorongan untuk melakukan apa yang diingini oleh anak diusia ini akan mengembangkan sikap menguasai.Manakala melayan mereka dengan negatif akan menyebabkan timbul tindakbalas was-was dan malu.

Empat(4 )hingga Lima (5) tahun

Kanak-kanak diusia ini apabila digalakkan untuk bereksperimen dengan bebas, akan mendorongnya mencuba dan meneroka perkara-perkara lalu.Manakala jika kehendak mereka selalu dihalang akan menyebabkan hilang keyakinan diri dan mudah menyalahkan diri sendiri.

Enam (6) hingga Sebelas (11) tahun

Layanan yang negatif akan menyebabkan anak-anak diusia ini bersikap rendah diri, tidak berkeyakinan dan tidak mempunyai kamahuan untuk meneroka. Sebaliknya jika diberi dorongan akan menyebabkan kanak-kanak ini meneroka dan mencuba perkara-perkara yang baru

Model Kognitif

Kaedah Pembelajaran Kognitif selalunya dikaitkan kepada Piaget yang memperkenalkan teori Perkembangan Kognitif yang bermaksud proses berfikir dimana informasi yang diperolehi diperkembangkan kepada informasi yang lain. (Neisser, 1967; Feldman, 1994; Morgan, 1986). Santroct (1986) pula mendifinasikan sebagai pemacuan aktiviti minda terhadap peprosesan maklumat, disimpan dan ditranformasikan dan kemudiannya digunakan semula dalam menilai sesuatu perkara dan Asmawati Desa (2004) pula menerangkan bahawa Teori-teori kognitif adalah cuba menerangkan tentang peningkatan intelektual dari segi kualiti dan kuantiti.

Teori Perkembangan kognitif yang diperkenalkan o
leh Piaget (1985) ini mengandungi empat proses kognitif utama iaitu egocentrism, logikal, peningkatan kemampuan berbahasa dan pembentukan peribadi (Asmah Bee, 2000). Dengan kata lain Piaget melihat kanak-kanak sebagai makhluk yang aktif dan berkembang pesat melalui interaksinya terhadap factor-foktor persekitaran (Hetherington & Parke, 1986; Selfert & Hoffnung, 1987; Papalia & Olds, 1988; Miller 1993).

Penemuan Piaget(1985) yang terkemuka adalah Scemata iaitu skema berhubung bagaimana sesuatu idea dikembangkan hasil dari perspeksi persekitaran dan menjadikanya satu idea baru. Skema juga merupakan kategori pengetahuan yang membantu memahami sesuatu perkara. seiring dengan pengalaman, exploitasi persekitaran, informasi baru yang kemudiannya digunakan untum merubah, menambah atau mengantikan skema terdahulu.Piaget mentakrifkan perkembangan kanak kepada 4 peringkat iaitu:

Peringkat Sensormotor (Lahir sehingga 2 tahun)

Piaget berpendapat bahawa bayi lahir debgab sejumlah refleks bawaan dan dorongan untuk meneroka dunia barunya. Skema awalnya adalah melalui perbezaan reflesi bawaannya.


Peringkat Praoperational

Peringkat ini melibatkan proses melakukan tindakan secara mental terhadap sesuatu perkara atau objek. Dalam proses ini kanak-kanak akan belajar menggunakan perkataan dan gambaran untuk mewakilkan objek-objek. Lebih bersifat egosentrik kerana gagal menilai dari sudut pandang yang lain.

Peringkat Operasi Tegal

Pada tahap ini kanak-kanak mampu memafaatkan unsur logik dalam mengambarkan atau menerangkan sesuatu perkara. Selain dari itu, kanak-kanak juga mampu menyusun mengikut klasifikasi bentuk, warna, ukuran dan sebagainya. Mereka juga mampu menilai sesuatu perkara dan dapat memberi penyelesaian kepada permasalahan itu. Mereka juga mampu melihat melalui sudut pandangan orang lain.

Peringkat Operasional Formal

Pada tahat ini mereka mampu berfikir secara abstrak, penalaan logiknya bertambah dan membuat penilaian dan rumusan terhadap informasi yang sedia ada.


KAEDAH MEMBIMBING KANAK-KANAK PRA-SEKOLAH

Aspek Pembentukkan Tingkah laku

Mengikut Kohn (1998), kanak-kanak pada peringkat prasekolah ialah individu yang aktif dan mengalami proses pembelajaran yang melibatkan perasaan ingin tahu,bersifat egosentrik, belajar dengan cara meniru kelakuan orang lain dan ingin memahami perkara yang baru dilihatnya.


Perkembangan Awal Pendidikan Kanak-kanak merupakan faktor penting menpengaruhi perkembangan mereka dimasa hadapan (Ibnu Khaldun). Manakala guru-guru prasekolah memainkan peranan yang amat penting dalam aspek pembentukan tingkah laku dalam menangani pembelajaran(Kamariah,2004).

Tingkah laku yang dibawa oleh kanak-kanak sewaktu permulaan prasekolah sangat berkait rapat dengan kehidupan atau persekitarannya di rumah. Namun dengan ilmu dan kemahiran yang ada pada guru prasekolah dapat membimbing kanak-kanak dalam aspek pembentukan tingkah laku. Antara teknik-teknik bimbingan guru ialah seperti berikut:

Komunikasi

Kanak-kanak dalam lingkungan 6 tahun kebawah tidak dapat mengolah pemikirannya sendiri. Oleh sebab itu komunikasi dari pihak guru dapat membentuk atau mencorak pemikirannya. Ini disokong dengan pandangan tokoh kanak-kanak dari Timur iaitu Abdul Rahman Abu Zaid Walliudin Bin Khaldun Al Maliki Al Khadarani(Ibnu Khaldun). Beliau berpendapat kanak-kanak harus dibentuk dengan cara yang lembut dan bertimbang rasa.

Salah satu sebab tingkah laku kanak-kanak berubah adalah kerana perubahan atau penyesuaian diri dari rumah ke tadika. Cara guru berinteraksi dengan kanak-kanak memain peranan penting dalam pembentukan tingkah laku. Ini adalah kerana kanak-kanak mempunyai laras bahasa yang berlainan dengan orang dewasa.

Kesihatan

Seiring dengan usia kanak-kanak sudah pasti mereka amat aktif dan sentiasa bergerak cergas.Dengan keadaan kanak-kanak yang sedemikian rupa,ianya memerlukan seorang guru yang bergerak cergas dalam menjalankan aktiviti pergerakan untuk perkembangan fizikal.Guru perlu melakukan bersama aktiviti pergerakan seperti berjalan,melompat,merangkak dan berbagai lagi.Aktiviti seperti ini sangat menarik minat kanak-kanak dan ianya dapat mengelak daripada kelakuan yang kurang menyenangkan.

Penelitian

Guru-guru hendaklah memainkan peranan dengan meneliti setiap perkembangan kanak-kanak.Setiap aktiviti hendaklah dirancang dengan menyeluruh dan diselaraskan dengan keupayaan kanak-kanak beserta dengan kreativiti guru.Disini peranan bimbingan guru amat penting kerana guru mengambil peranan sebagai sebahagian dari keluarganya.

Memupuk nilai-nilai murni

Suasana persekitaran dirumah dan sekolah sudah pasti berbeza. Kanak-kanak pelu dipupuk oleh guru dengan nilai-nilai murni seperti prihatin pada keadaan sekeliling, bertanggungjawab dan yang penting mematuhi arahan dan peraturan dikelas. Bagi kanak-kanak yang berkelakuan baik dan menyenangkan pujian harus diberikan. Harus diingat bahawa guru-guru hendaklah sentiasa memupuk tingkah laku yang positif.

Hukuman (punishment) dan ganjaran (reaward)

Sekiranya kanak-kanak menunjukkan aksi atau pun melakukan sesuatu yang menyakitkan hati kerana untuk mendapatkan perhatian, guru boleh bertindak dengan tidak memperdulikannya untuk seketika. Ini hanyalah boleh dilakukannya sekiranya tidak membahayakan dirinya dan juga orang lain. Jika sekiranya kanak-kanak berjanji tidak akan melakukannya di lain kali atau pun sudah kembali pada keadaan asal, Guru hendaklah menunjukkan sikap yang mesra secepat mungkin. Bagi kanak-kanak yang membuat bising, mengacau kawan-kawannya ketika belajar atau menangis dengan nada yang kuat juga boleh digunakan teknik ini.

Bagi kanak-kanak yang dikategorikan “degil” mereka akan melakukan sesuatu perkara yang menyakitkan hati sehingga berulang-kali. Teknik “ Time Out” boleh dilakukan,tetapi hanyalah dalam 2 hingga 3 minit sahaja, melainkan kanak-kanak tersebut masih melakukannya. Guru-guru perlu menerangkannya bahawa dia akan ditempatkan di kawasan stimulasi ( dengan menunjukkan arah tempat duduk yang akan diletakkan kerusinya nanti ) dengan lebih lama lagi.
Apa pun keadaannya, sebaiknya kawalan atau pencegahan hendaklah dilakukan pada awal tahun kemasukkan kanak-kanak ke tadika. Ini adalah kerana ketika ini kanak-kanak belum lagi mempelajari corak bersosial. Peraturan dan disiplin hendaklah diterangkan dan diterap seawal mungkin.


Aspek Menanangi Tekanan

Secara umumnya masyarakat di Malaysia mengetahui bahawa Taman Didikan kanak-kanak (Tadika) merupakan satu institusi pendidikan yang tidak formal. Namum demikian, atas desakkan ilmu yang semakin hari semakin mencabar ianya menjadi persediaan di alam pembelajaran yang sebenar.

Kanak-kanak seusia 4 hingga 5 tahun memerlukan bimbingan dari pihak ibubapa untuk membentuk tingkahlaku mereka. Keadaan akan bertambah baik apabila kanak-kanak dibimbing oleh guru-guru prasekolah.

Guru seharusnya mampu membimbing kanak-kanak menangani tekanan berkaitan dengan pembelajaran. Pelbagai cara dilakukan oleh guru agar kanak-kanak yang hadir ke sekolah tadika tidak berasa tertekan dan seronok sekali menghabiskan masanya ditadika. Antaranya adalah seperti berikut;

Belajar Dengan Menggunakan komputer

Tidak kira apa jua bidang kerja, masalah tekanan dan bebanan tugas tidak dapat di elakkan. Guru-guru prasekolah digalakkan menggunakan computer semasa sesi pengajaran kerana secara tidak langsung kanak-kanak boleh meningkat bakatnya tanpa menggunakan bahan maujud seperti bahan-bahan warna,kertas berus,pembaris dan pensil.

Pembelajaran melalui komputer adalah sesuatu yang baru. Setiap yang dipaparkan adalah satu perubahan. Perasaan ingin tahu yang kuat membuatkan kanak-kanak merasa seronok dan indah sekali dengan pengisian ilmu melalui penggunaan computer. Peranan pengunaan computer kepada guru-guru yang berkait rapat dengan kanak-kanak adalah Komputer sebagai subjek, Komputer sebagai alat dan Komputer sebagai Tenaga Pengajar.


Permainan

Setiap kanak-kanak melalui alam permainan samada berbentuk ilmu atau sebaliknya. Ianya secara tidak langsung memainkan peranan pada pemikiran kanak-kanak.

Tujuan utama pengisian permainan dalam pendidikan lebih kepada memupuk kemahiran dan kecekapan dalam sesuatu bidang, meningkatkan kefahaman dan kemahirannya disamping dapat menangi tekanan dialam kanak-kanak. Disamping berpeluang berinteraksi dengan guru, mereka juga berpeluang untuk menguji kecekapan dengan rakann-rakan yang lain.

Alatan maujud seperti lego, pasir, plastesin, air,kayu dan lain-lain lagi digunakan sebagai bahan permainan manakala permainan tradisional yang boleh dipilih adalah seperti Congkak, Galah Panjang, Musang Makan Anak Ayam dan Enjit-enjit semut.
Kesemua jenis permainan diatas pasti menyeronokkan kanak-kanak sekiranya dapat dilakukan bersama-sama dengan guru.

Hiburan

Bentuk-bentuk hiburan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen seperti muzik, filem, tarian dan lakonan. Setiap komponen mempunyai bahagian masing-masing seperti berikut:

  • Muzik- pelbagai jenis nyanyian yang menggunakan muzik contahnya seperti nasyid.
  • Filem- tayangan video pendek, cerita kartun atau dokumentari.
  • Tarian- Tarian lilin, tarian kipas, tarian kuda kepang dan sebagainya.
  • Lakonan- Teater kanak-kanak, ataupun lakonan berbentuk keluarga dan juga kanak-kanak melakonkan drama menjadi seorang guru ataupun seseorang yang lain dari dirinya.
    Riadah

Guru-guru haruslah mempunyai asas dalam aktiviti beriadah. Riadah boleh dikategorikan seperti senamrobik, asas gymnastic, bola sepak , sukan rakyat dan berbagai lagi.
Acara sukan rakyat biasanya aktiviti yang sangat digemari oleh kanak-kanak.Contoh-contoh sukan rakyat yang boleh boleh dimainkan seperti mengisi air ke dalam botol, lari membawa bola ping pong dalam sudu, meniup belon sehingga pecah dan banyak lagi acara yang menarik perhatian kanak-kanak.Selepas bermain aktiviti lasak hendaklah disusuli dengan senaman yang merehatkan seperti senaman otot untuk melegakan otot.

Persekitaran

Persekitaran yang dimaksudkan disini ialah dalam dan luar kelas.Keadaan didalam kelas yang menyenangkan dan tidak terlampau sarat dengan gambar.Bersih serta kemas membuatkan kanak-kanak merasa tenang dan selesa untuk belajar.Penyediaan ruang udara yang mencukupi.Terdapat juga sesetengah tadika yang menyediakan pemhawa dingin.Tidak lupa juga keadaan tandas dan ruang makan.

Komunikasi dan Interaksi

Tiada apa yang paling mustahak melainkan cara guru berkomunikasi atau berinteraksi dengan kanak-kanak. Nada suara, gaya bahasa, mimik muka semuanya memainkan peranan agar kanak-kanak merasai dia dihargai dan disayangi. Pelukan, belaian, kemesraan dan keceriaan guru boleh mengembirakan kanak-kanak kerana pada masa inilah mereka menganggap guru sebagai pengganti ibubapa. Sikap-sikap guru seperti ini dapat membantu membina perkembangan emosi yang positif. Jika anak diransang dan belajar semasa kecil juga gembira ketika belajar, serta intelek telah dipertajamkan dan sangat mengenali hakikat sesuatu benda dan perkara yang ditemuinya maka jauh lebih cerdik daripada kanak-kanak yang tidak diberi rangsangan dan didikan semasa kecil.

KESIMPULAN

Ibubapa moden perlu bekerja, dan untuk membolehkan mereka bekerja tanpa risau adalah dengan menghantar ke pusat-pusat asuhan. Pusat-pusat asuhan kini berusaha sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan penjagaan dan pembelajaran yang terbaik untuk mengatasi tekanan yang dihadapi kanak-kanak.

Pada masa yang sama para pendidik mempelajari ilmu pendidikan dengan melihat model mengajaran dan pembelajaran yang dipelopori oleh tokoh-tokoh pendidik. Hasilnya mereka mempelajari model tingkahlaku, model interaksionis dan model kognitif untuk memahami keperluan kanak-kanak. Pendidik yang baik harus boleh menangani tingkahlaku kanak-kanak dan kemudianya menangani tekanan yang mereka hadapi. Hasilnya kanak-kanak yang mempunyai potensi berkembang maju akan dapat dicungkin dari usia seawall mungkin. Pada masa yang sama juga anak-anak yang bermasah dari segi mental, perkembangan fizikal harus ditangani dari awal agar mereka juga mampu mempelajari ilmu.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment